sukan

Beregu utama negara kena tegur

Jurulatih beregu negara, Tan Bin Shen, mengingatkan pemain negara bahawa ranking dunia dan prestasi semasa adalah dua perkara berbeza.

Jika penilaian dibuat bersandarkan ranking dunia, sudah pasti Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal di kedudukan terbaik berbanding beregu lelaki negara yang lain.

Namun, jika melihat kepada peningkatan ketara dalam usaha merebut tempat dalam Pusingan Akhir Jelajah Dunia di Hangzhou, China, Goh Sze Gei-Nur Izzuddin Rumsani merupakan pasangan terbaik negara ketika ini.

Justeru, Bin Shen tampil menjelaskan bahawa beregu profesional itu merupakan gandingan terbaik negara ketika ini — merangkumi keseluruhan beregu lelaki negara.

“Prestasi semasa Din-Fei memang sangat bagus (sementara) Aaron-Wooi Yik agak perlahan selepas Sukan Olimpik berikutan cuti dan sebagainya.

“Saya sempat berpesan kepada Aaron-Wooi Yik (bahawa adalah) tidak mengapa untuk sedikit santai selepas Sukan Olimpik tapi kena ada tempoh hadnya.

“Lagipun Wooi Yik ditimpa kecederaan, jadi kami kena runding semula hala tuju seterusnya. Mereka perlu tunjukkan kemampuan terlebih dahulu, ia tidak seperti yang diharapkan.

“Sekurang-kurangnya kami perlu bersatu hati, nak menang apabila masuk bertanding dan cara permainan pun biarlah nampak bagus,” katanya ditemu bual wakil Nadi Arena hari ini.

sumber:- stadium astro

Sze Fei-Nur Izzuddin kini menghuni tangga ketiga dengan 77,400 mata dan dianggap sudah hampir pasti layak beraksi di Hangzhou pada 11 hingga 15 Disember ini.

Recent Posts

  • sukan

Arab Saudi, Qatar dipilih tuan rumah pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Qatar dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi akan bertindak sebagai tuan rumah… Read More

1 minute ago
  • sukan

Vietnam tolak pelawaan Thailand

Vietnam dilaporkan telah menolak pelawaan untuk menyertai Kejohanan Bolasepak King's Cup di Thailand pada September depan. Naga Emas dipelawa untuk… Read More

10 minutes ago
  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

15 hours ago