sukan

Enggan dijulang sebagai wira

Sam Somerville enggan dijulang sebagai wira Selangor FC, selepas penjaga gol itu tampil cemerlang menafikan beberapa peluang wajib gol jentera serangan Kedah Darul Aman, malam tadi.

Sam yang dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan menganggap kejayaan mara ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2 pada musim depan adalah hasil kerjasama sepasukan.

Tonggak berusia 29 tahun itu turut mengakui kerja kerasnya dan rakan sepasukan sepanjang musim ini nyata berbaloi selepas mereka mengesahkan gelaran naib juara Liga Super 2023.

“Tiga mata yang menjadi pertaruhan cukup penting untuk dikutip bagi laluan ke peringkat Asia jadi anda boleh lihat betapa gembiranya kami dapat meraikan (ejayaan ini.

“Ini bukan disebabkan (ketangkasan) saya semata-mata dan ia hasil daripada usaha sepasukan yang bekerja keras.”Hanya jurang kecil boleh menjadi pembezaan kepada bola sepak ini dan kami memanfaatkan peluang yang terhidang.

“Kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang tetapi nasib memihak kami.”Ini merupakan pencapaian terbaik saya memandangkan pernah terlepas peluang sebegini ketika bersama Penang FC,” katanya selepas perlawanan.

sumber: SA

Untuk rekod, SAM telah tampil dalam 13 perlawanan bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe musim ini di samping mencatatkan lapan kali tanpa dibolosi.