Jaguh perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak perlu bermandi peluh untuk melepasi pusingan kedua Terbuka Denmark sekali gus mara ke suku akhir.
Ia selepas lawannya yang juga pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen terpaksa menarik diri hari ini kerana mengalami kecederaan di kaki kiri dan perkara berkenaan disahkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi hantaran di media sosial badan induk itu.
“Pilihan utama Viktor Axelsen menarik diri dari Terbuka Denmark 2023 kerana kecederaan pada kaki kirinya. Lawannya di pusingan 16, Lee Zii Jia mara ke suku akhir,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Axelsen yang juga pilihan pertama mengakui kecewa kerana tidak dapat meneruskan aksi pada kejohanan kali ini.
“Saya kecewa kerana tidak dapat beraksi hari ini. Saya suka bermain di Odense dan di hadapan penyokong Denmark tetapi ia tidak selamat untuk saya bermain.
“Saya harap dapat memulakan proses pemulihan dengan kadar segera dan kembali ke gelanggang secepat yang mungkin,” katanya.
Zii Jia yang berkongsi berita terbaru itu di media sosialnya, mendoakan agar Axelsen segera sembuh.
Pemain negara berusia 25 tahun itu bakal turun bertemu Kento Nishimoto pada aksi suku akhir selepas lawannya itu menundukkan Chou Tien Chen 10-21, 21-19, 21-14 di pusingan kedua.
Zii Jia kini berpeluang untuk terus memperbaiki kedudukan rankingnya yang kini berada di nombor 11 dunia.
sumber:- HM
Ia susulan kejayaannya muncul juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland, Ahad lalu selepas menewaskan rakan senegara, Ng Tze Yong.
Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum… Read More
Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar… Read More
Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan… Read More
Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon… Read More
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu isu membabitkan… Read More
Juara dua kali Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, mendedahkan bagaimana dia beralih kepada bola keranjang untuk… Read More