sukan

Selamat tinggal Manchester United

Manchester United memberi bayangan masa Jadon Sancho bersama kelab itu sudah berakhir.

Pemain sayap itu sudah tidak bermain bersama skuad The Red Devils sejak hujung Ogos lalu selepas berselisih dengan pengurus, Erik ten Hag.
READ MORE

Kini, dia mungkin tidak akan bermain untuk kelab itu lagi kerana dia terus berlatih bersendirian.

Sancho juga kini dikecualikan daripada gambar skuad United musim 2023/2024 yang menjadi petanda dia mungkin tidak akan kembali ke Old Trafford.

Barisan pemain pasukan utama bergambar di pusat latihan United di Carrington.

Bagaimanapun, Sacho tidak hadir dalam sesi bergambar itu apabila dia masih lagi disisihkan daripada pasukan utama.Pemain berusia 23 tahun itu disisihkan daripada pasukan utama susulan perselisihannya dengan Ten Hag.

Sancho menuduh pengurus itu berbohong selepas dia diketepikan ketika aksi menentang Arsenal, bulan lalu.

sumber:- BH

Ten Hag mendakwa pemain berkenaan tidak disenaraikan dalam pasukan kerana prestasi buruknya ketika latihan yang menyaksikan Sancho menafikannya menerusi hantaran di media sosial yang kemudiannya telah dipadamkan. – AGENSI