Hari pertama latihan berpusat di Akademi Badminton Malaysia (ABM) menjelang temasya Sukan Asia menyaksikan kesemua 17 pemain hadir dalam sesi pertama kecuali pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia.
Menurut ketua jurulatih profesional negara, Rosman Razak, peluang untuk anak buahnya, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, meraih kilauan pingat terlihat mustahil di temasya kali ini.
“Pasukan ini cukup seimbang, atas kertas kami masih mampu menghadirkan corak permainan yang baik bertemu lawan yang berada di ranking lebih tinggi,” kata Rosman .
Tambahnya lagi, walaupun aksi mereka kurang memuaskan dalam beberapa kejohanan terakhir, butang panik masih belum diperlukan.Rosman menganggap kini saatnya untuk kekal bermotivasi tinggi tanpa tekanan agar pemain dapat memberi fokus dalam kejohanan yang disertai.
“Setiap kejohanan diletakkan sasaran untuk mendapatkan keputusan positif. Saingan beregu lelaki sangat terbuka, kini hanya akan menentukan nasib barisan pemain negara,” katanya lagi.
Dalam perkembangan yang sama, Sukan Asia 2023 bakal menjadi sukan temasya antarabangsa pertama buat pemain beregu campuran nombor satu negara, Toh Ee Wei.
Tidak mahu melepaskan peluang yang terhidang, Ee Wei optimis untuk melakukan yang terbaik selain menyedari dan ingin memperbaiki kesilapan yang dilakukan dalam Terbuka Hong Kong pada 14 September lalu agar tidak diulangi.
sumber:- SA
“Di Hong Kong kami melakukan kesilapan dan berharap ia tidak akan berulang. Ini merupakan kali pertama beraksi di Sukan Asia dan berharap untuk melakukan yang terbaik,” kata Ee Wei.
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19… Read More
Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum… Read More
Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar… Read More
Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan… Read More
Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon… Read More
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu isu membabitkan… Read More