Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak dapat memastikan mata kemenangan Malaysia apabila tewas kepada Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Sudirman di Xiamen, China sebentar tadi.
Ia menyaksikan skuad negara kini terikat 2-2 dengan Jepun selepas kemenangan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, dan perseorangan lelaki, Leong Jun Hao, selain kekalahan perseorangan wanita, Goh Jin Wei.
Juara dunia dan Asia itu mempamerkan penguasaan penuh dalam set pertama untuk mencatatkkan kemenangan mudah 21-12.Bagaimanapun, mereka menerima tentangan luar biasa dalam set kedua dan Hoki-Kobayashi berhasil mencuri set berkenaan dengan kemenangan 22-20 untuk membawa permainan ke set penentuan.
Aksi dalam set penentuan berlangsung cukup sengit, di mana kedua-dua pasukan saling bekejaran mata tetapi Hoki dan kobayashi lebih bernasib baik untuk menang 23-21.
sumber:- stadium astro
Cabaran negara seterusnya akan digalas beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, yang akan berdepan Nami Matsuyama-Chiharu Shida sebentar nanti.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More