Gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui ‘terperangkap’ dengan corak permainan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, ketika tewas pada aksi penting Kumpulan C Piala Sudirman di Xiamen, China hari ini.
Memikul tugas getir untuk mengesahkan kemenangan negara yang ketika itu sedang mendahului 2-1, pasangan nombor empat dunia itu tidak berjaya memberikan mata kemenangan yang diharapkan.
Sebaliknya mereka sekali lagi tunduk kepada pasangan yang menghuni ranking 17 dunia itu 21-12, 20-22, 21-23 menyaksikan kedudukan terikat 2-2 sebelum skuad negara tewas 2-3.
Kekalahan itu bukan sahaja menafikan impian Malaysia untuk menduduki tangga teratas kumpulan, malah mengulangi kekecewaan kepada lawan sama buat kali kesembilan daripada 11 pertemuan dengan kemenangan terakhir direkodkan adalah pada edisi 2005 di Beijing.
“Mereka mempunyai kelebihan dari sudut mentaliti. Kami kecewa kerana gagal menyumbang mata, tetapi kami sudah memberikan segala-galanya. Hari ini bukan hari kami.”” kata Wooi Yik kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Berdasarkan kedudukan ranking, Aaron-Wooi Yik yang masih segar dengan kejayaan muncul juara Asia bulan lalu tampak tidak bermasalah mengalahkan Hoki-Kobayashi.
Tetapi berdasarkan rekod pertemuan, Hoki-Yugo Kobayashi memiliki jelas memiliki kelebihan dan menariknya menang sembilan daripada 11 pertemuan sebelum ini.
Fakta yang lebih ‘menakutkan’, ini adalah kekalahan kelapan berturut-turut bekas juara dunia 2022 itu dengan kemenangan terakhir atas lawan sama adalah pada 2021 juga di Piala Sudirman.
Persoalan utama yang perlu dijawab terutama kem kejurulatihan skuad negara adalah Malaysia sebenarnya memiliki ‘kelebihan’ jika menurunkan pasangan ranking dua dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsami.
sumber:- BH
Ini kerana berdasarkan pertemuan, Sze Fei-Nur Izzuddin memiliki rekod lebih baik menentang Hoki-Kobayashi termasuk menewaskan lawan itu di Kejohanan Badminton Asia bulan lalu.
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More