Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao masih belum berpuas hati dengan permainannya meskipun tampil dengan persembahan bertenaga ketika mengalahkan jaguh Jepun, Kodai Naraoka pada aksi terakhir Kumpulan C Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China hari ini.
Jun Hao yang menghuni ranking ke-26 dunia, meneruskan reputasinya sebagai ‘pembunuh gergasi’ apabila menundukkan pemain ranking kelapan dunia itu 21-8, 13-21, 21-18 dalam aksi selama 68 minit.
Begitupun, kemenangan itu tidak berjaya membantu skuad negara meraih kemenangan ke atas Jepun yang menyaksikan Malaysia sekadar mara ke suku akhir sebagai naib juara kumpulan selepas tewas 2-3.
“Saya akui selepas sekian lama, ini antara persembahan terbaik saya, tetapi secara keseluruhan saya belum berpuas hati kerana ada beberapa aspek permainan yang perlu diperbaiki, terutama dari segi konsistensi di kejohanan Jelajah Dunia,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Jun Hao yang memang memiliki rekod perlawanan lebih baik menentang Naraoka berkata kemenangan yang diraih bukan mudah, namun memerlukan perancangan rapi dan strategi yang ampuh.
“Disebabkan mungkin lawan saya hari ini tidak berada pada prestasi terbaik, saya ambil pendekatan lebih positif dan agresif untuk mendapatkan lebih banyak mata.
“Secara asasnya perancangan saya menentangnya adalah sama seperti sebelum ini, tetapi ia juga bergantung kepada keadaan semasa. Apabila masuk ke gelanggang, saya akan membuat penilaian dan ubah mengikut keperluan,” katanya.
Ditanya sama ada tertekan untuk menyumbang mata, Jun Hao berkata ia bukan isu kerana dalam acara berpasukan, setiap pemain mempunyai peranan masing-masing.
sumber:- BH
“Selepas (Cheng) Tang Jie dan (Toh) Ee Wei memberikan mata pertama, jadi tugas saya hanyalah untuk turun, bermain, berlawan dan menyumbang satu lagi mata,” katanya.
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More