sukan

Letshanaa akui menang mudah

Pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa mengakui kemampuannya tidak diuji sepenuhnya pada perlawanan yang mengesahkan kemaraan skuad negara ke peringkat lapan terbaik di Piala Sudirman 2025, hari ini.

Skuad badminton negara mara ke peringkat lapan terbaik selepas mengalahkan Australia 4-1 dengan mata kemenangan disumbangkan K Letshanaa apabila mudah mengalahkan pemain lawan, Bernice Teoh 21-6, 21-8 dalam tempoh 27 minit.

Pemain yang menghuni ranking 52 dunia itu tidak bermain pada perlawanan pembukaan negara ketika bertemu Perancis, semalam bagi memberi laluan kepada juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei yang juga pemain ranking 43 dunia.

“Ini adalah penampilan kedua saya dalam Piala Sudirman, tetapi ini juga perlawanan perlawanan pertama saya. Saya gembira dengan permainan saya dan berpuas hati kerana dapat mengikuti arahan jurulatih dengan baik,” kata Letshanaa kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

“Tidak banyak kesilapan dilakukan. Lawan pula tidak memberikan cabaran besar, jadi saya dapat mengekalkan rentak dan keyakinan sepanjang permainan.”

Dalam pada itu, Letshanaa menyatakan kesediaannya untuk diturunkan pada perlawanan penting menentang Jepun, Khamis ini.”Seperti yang saya katakan sebelum ke kejohanan ini, jika diberi peluang beraksi, saya akan menikmatinya. Paling utama adalah untuk memberi permainan terbaik dan menyumbang mata kepada negara.

sumber:- BH

“Tidak kisah sama ada diturunkan atau tidak, apa yang penting adalah saya mahu terus memberi tenaga positif kepada rakan sepasukan. Itu paling utama dalam kejohanan berpasukan seperti ini,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

10 minutes ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

3 hours ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

4 hours ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

5 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

5 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

6 hours ago