Johor Darul Ta’zim (JDT) akan turun membawa misi mempertahankan gelaran dengan berdepan Sri Pahang dalam final Unifi Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu ini.
Kemenangan dalam penentuan itu akan menyaksikan JDT sekali lagi menyapu bersih kesemua gelaran peringkat domestik tetapi Sri Pahang pastinya mahu menamatkan kemarau kejuaraan itu, yang kali terakhir dimenangi mereka pada 2014.
Dalam aksi final edisi 2014, Pahang menewaskan JDT 5-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 sepanjang 120 minit permainan.
Mampukah JDT melengkapkan musim gemilang mereka dengan satu lagi gelaran atau Sri Pahang mencipta kejutan di SNBJ?
Siaran langsung & live streaming JDT lawan Sri Pahang
Saksikan pertembungan penutup musim ini secara langsung di Astro Arena saluran 801 dan Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan rancangan khas pada jam 7.00 petang, Sabtu ini.
sumber:- stadium astro
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO dan Sooka.