Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berkata pemain kebangsaaan yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu membuktikan kemampuan mereka terlebih dahulu sebelum meminta gaji yang lumayan daripada persatuan berkenaan.
Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa ada beberapa pemain yang menuntut gaji tinggi untuk terus berada dalam badan induk itu atau lebih memilih untuk bergerak secara profesional.
“Saya tak kata pemain tak boleh minta gaji tinggi, boleh tapi yang penting, mereka perlu buktikan dahulu (prestasi),” katanya kepada media-media tempatan.
“Mereka kena bawa keputusan dan sumbang kepada persatuan dahulu.”Sekarang saya selalu cakap pemain manja sangat tetapi jika mereka ada keputusan yang bagus, mereka minta berapa pun, saya rasa persatuan sendiri akan cuba bantu.
sumber:- stadium astro
“Ada yang belum sampai tahap itu tetapi sudah mahu minta gaji tinggi. Bila tak dapat, mereka mahu bergerak secara profesional,” katanya.