sukan

TERKINI : JDT kenduri gol untuk bergelar Juara

Johor Darul Ta’zim (JDT) II muncul juara Piala MFL 2024/25 selepas melakar kenduri gol menewaskan Penang II 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Meskipun menerima tentangan sengit daripada pencabar terdekat iaitu Selangor, namun kemenangan berjaya diraih skuad kendalian Mariano Echeverria untuk menoktahkan kejuaraan di takhta carta Piala MFL dengan 53 mata selepas 24 perlawanan.

Skuad muda JDT tidak menunggu lama apabila mendahului 4-0 dalam separuh masa pertama menerusi Gabriel Nistelrooy seawal minit kesembilan, dua gol daripada Najmudin Akmal -pada minit ke-15 dan 27- serta ditutup dengan gol Romel Morales pada minit ke-22 sebelum masuk ke bilik persalinan.

Masuk babak kedua pula menyaksikan JDT memperkukuhkan kedudukan menerusi Najmudin yang melengkapkan hatrik selain tambahan jaringan daripada Gabriel Nistelrooy dan Romel Morales.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan tumpuan malam ini menyaksikan Selangor menumbangkan Kedah Darul Aman B 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

sumber:- stadium astro

Keputusan lain Piala MFL:
Kelantan Darul Naim 1-2 Sri Pahang Kuching City 3-2 PDRM Sabah II 3-1 Negeri Sembilan Kuala Lumpur City 1-1 Perak II

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

3 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

3 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

7 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

9 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

10 hours ago