Persatuan Hoki Terengganu (PHT) menyifatkan keputusan penyerang sensasi, Faizal Saari mengumumkan persaraan daripada mewakili skuad kebangsaan adalah satu kerugian besar.
Presidennya, Mohd Fikri Harun berkata, walaupun persatuan menghormati keputusan yang dibuat pemain berusia 34 tahun itu, ketiadaannya bakal memberi tamparan buat barisan depan skuad kebangsaan.
Hal ini kerana penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu masih berada pada tahap prestasi terbaik sebagaimana ketika muncul penjaring terbanyak Liga Hoki Malaysia (LHM) dengan meledak 32 gol dalam 12 perlawanan pada musim ini.
Malah tegas Mohd Fikri, pemain itu juga antara watak penting kejayaan THT menyapu bersih tiga kejuaraan dalam LHM pada musim ini selepas gagal melakukannya pada tahun lalu.
“Saya bagi pihak THT menghormati keputusannya yang mahu memberi tumpuan kepada pembangunan akademi hoki sendiri. PHT juga berjanji akan membantu akademinya daripada segi peralatan dan aspek lain yang diperlukan bagi memastikan bakat muda terus berkembang dalam sukan itu.
“Namun pada masa sama saya percaya pintu skuad negara tidak tertutup rapat lagi buatnya. Jika keadaan mengizinkan dan dia bersedia untuk kembali, peluang untuk menyarung jersi kebangsaan pasti masih terbuka.
“Buat masa ini peminat hoki hanya mampu menantikan perkembangan selanjutnya sama ada dia kekal dengan keputusannya atau mempertimbangkan semula untuk kembali menyumbang kepada skuad kebangsaan,” ujar Mohd Fikri.
sumber:- BH
Terdahulu abang kepada pemain tengah kebangsaan, Mohd Fitri mengumumkan persaraan daripada menyarung jersi skuad kebangsaan, namun saingan dalam negara, pemain itu akan terus kekal beraksi.
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More