Pemenang Kasut Emas Liga Super 2009, Nizaruddin Yusof, percaya Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu melepasi halangan Buriram United dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Bagi Nizaruddin, ketekalan yang dipamerkan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu bakal menjadi titik tolak dalam usaha memburu slot ke pentas suku akhir musim ini.
Jelas bekas penyerang Harimau Malaya itu, kehadiran beberapa muka baru yang dibawa masuk membuktikan kesungguhan pihak pengurusan JDT untuk melangkah jauh dalam saingan ACLE musim ini.
“Bukan kita nak memandang rendah keupayaan Buriram.”Tapi di atas kertas dan ketekalan, saya percaya JDT mampu dapatkan bekalan selesa untuk bermain di SSI pula,” katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.
Semalam, The Southern Tigers mengumumkan ketibaan bekas bintang La Liga dan Serie A, Samu Castillejo, sekali gus muncul tenaga import kelima terbaru selepas Alvaro Gonzales, Jonathan Vieira, Roque Mesa serta Anselmo Moraes.
Nizaruddin turut menjangkakan perlawanan sengit bakal disajikan kedua-dua pasukan sempena pertemuan pertama pusingan 16 yang dijadualkan berlangsung di Buriram, Selasa ini, sebelum mereka melanjutkan perseteruan itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), minggu berikutnya.
sumber:- stadium astro
“Satu kenyataan daripada Buriram akan memberi cabaran kepada JDT yang mengambil lebih ramai pemain import.”Saya rasa tidak salah pun atas sebab ingin mara sejauh mungkin dalam ACLE.
“Dengan kemasukan pemain import baru ini, saya percaya lebih besar jurang kebolehan dalam pasukan sambil berharap taktikal Hector Bidoglio dapat diterjemahkan oleh pemain,” katanya.
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More