sukan

Atlet muda Negara pecah Rekod Asia

ATLET berbasikal berusia 17 tahun, Sawda Hasbullah mencipta sensasi apabila memecahkan rekod remaja wanita Asia bagi acara ujian masa 1 kilometer (km) untuk meraih emas pertama skuad berbasikal trek remaja negara di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACT) 2025 di Velodrom Nasional di sini pada Ahad.

Beliau mencatatkan satu minit 10.818 saat (s) untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan pagi tadi.

Pingat perak dimenangi Shang Yin dengan catatan 1:11.936s manakala wakil India Harshita Jakhar menduduki tempat ketiga (1:12.848s).

Menurut Sawda beliau gembira dengan pencapaian itu sekali gus mengubat kekecewaannya gagal meraih pingat dalam acara keirin semalam selepas terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat.

“Saya sangat bersyukur, Alhamdulillah. Saya tahu ia bukan perlumbaan yang mudah terutama dengan tambahan jarak yang lebih panjang berbanding sebelum ini.

“Namun saya sudah bersedia dan hanya fokus kepada strategi yang telah dirancang,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.Sepanjang tiga hari ATC 2025 berlangsung, skuad berbasikal remaja berjaya mengumpul satu pingat emas dan dua perak menerusi acara pecut berpasukan wanita pada Jumaat dan keirin wanita menerusi Nur Umairah Qhaisara Zulfikha Razak semalam.

Dalam perkembangan sama, skuad berbasikal trek para negara terus cemerlang dengan tuaian dua lagi pingat emas menerusi acara kejar-mengejar individu.

sumber:- SH

Emas disumbangkan Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin dalam kategori cycle 1 (C1) dan Muhammad Adi Raimie Amizazahan dalam C3. – Bernama

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago