sukan

KOM bangga Azeem pecah Rekod lagi

KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) bangga dengan prestasi yang diperagakan jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang membaharui rekod kebangsaan acara 60 meter (m) dalam dewan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Malah Pengarah Teknikalnya, Robert Ballard percaya pelari berusia 21 tahun itu berupaya untuk melakar catatan masa yang lebih baik pada masa depan.

Beliau berkata, ia boleh dilakukan menerusi pengurusan yang baik di bawah Universiti Auburn dan jurulatihnya, selain program nasional bagi memacuk prestasi ke tahap optimum.

“Ia petanda baik. Jika dia dapat mencari keadaan yang sesuai untuk acara di luar dewan, kita akan dapat lihat purata masa yang jauh lebih baik dalam acara 100m berbanding apa yang Azeem pamerkan tahun lalu,” katanya.

Azeem mencatat masa 6.60 saat (s) dalam saingan separuh akhir Kejohanan Jemputan Tiger Paw di California.

Catatan tersebut sekali gus memadamkan rekodnya sendiri 6.62s di kejohanan sama pada 2023.Malah Azeem juga berharap dapat mengekalkan prestasi dalam usahanya untuk memecahkan rekod kebangsaan acara 100m juga miliknya.

Ballard juga optimis, catatan 6.60s itu menunjukkan Azeem berada di landasan untuk kembali ke prestasi terbaiknya atau menjadi lebih baik.

“Ia perlu seiring. Dapatkan suasana yang tepat keadaan trek yang betul dan pilih kejohanan sesuai

“Kejayaan ini mampu menyuntik semangat pelari dalam program kebangsaan dan diharapkan ia juga dapat memotivasikan semua atlet lain juga,” ujar Ballard.

sumber:- SH

Sebagai rekod, Azeem merupakan pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09s ketika Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun 2022 di Cali, Colombia.

Recent Posts

  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

1 hour ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

2 hours ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

4 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

4 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

5 hours ago