sukan

TERKINI: Keputusan aksi Terengganu FC berdepan BG Pathum

Terengganu berputih mata berikutan terlepas slot ke separuh akhir Piala Shopee Kelab ASEAN apabila tumbang 3-4 kepada BG Pathum United di Thanyaburi, sebentar tadi.

Sang Penyu turun di Pathum Thani dengan misi wajib menang dalam usaha melolosi Kumpulan A, sambil kemenangan akan mencerahkan peluang PSM Makassar mengiringi tuan rumah yang sudah pun menjamin tempat.

Pendekatan berhati-hati Terengganu dalam babak pertama menyaksikan perlawanan berkesudahan seimbang tanpa jaringan.Malah, jaringan Akhyar Rashid pada minit ke-66 seolah-olah memberi harapan kepada perjuangan mereka.

Begitupun, ia cuma bertahan lima minit apabila pemain import BG Pathum, Raniel, menghasilkan dua jaringan pantas untuk mendahului perlawanan.

Benteng Sang Penyu terus goyah apabila dihukum jaringan Gakuto Notsuda (minit ke-83) dan Ilhan Fandi (minit ke-87).

sumber:- stadium astro

Walaupun Safawi Rasid meledak dua jaringan pada masa kecederaan, ia belum cukup untuk mengubah nasib mereka yang terpaksa berpuas hati menamatkan saingan Piala Shopee 2025 di tempat ketiga kumpulan.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

5 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

6 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

7 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

8 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

9 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

9 hours ago