sukan

TERKINI: JDT bakal muktamadkan kejuaraan lebih awal

Johor Darul Ta’zim (JDT) selangkah lagi untuk mempertahankan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut apabila menjinakkan PDRM 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Kesungguhan Harimau Selatan untuk menjamin kemenangan terbukti apabila menurunkan enam pemain import dalam barisan utamanya dan memerlukan minit ke-14 untuk memecah kebuntuan perlawanan menerusi Jorge Obegron.

Pemain import dari Colombia itu melepaskan satu tendangan rendah yang tidak terjangkau oleh penjaga gol pelawat, Robson Rendy.JDT mengukuhkan kedudukan kepada 2–0 menerusi tandukan La’Vere Corbin-Ong hasil sepakan sudut Juan Muniz pada minit ke-39.

Jese Rodriguez terus menggamatkan stadium pada minit ke-55 selepas menyambar lorongan ‘trivela’ seorang lagi pemain import, Park Jun-heong, pada minit ke-55.

Dan pemain naturalisasi negara, Romel Morales, meledak jaringan keempat pada minit ke-81 untuk memadam kekecewaan diikat Sang Saka Biru 1-1 dalam pusingan pertama di Selayang, Julai lalu.

sumber:- stadium astro

Anak buah Hector Bidoglio itu akan berjuang dalam Liga Juara-Juara Elit (ACLE) AFC bertemu Central Coast Mariners di Australia sebelum melayani kunjungan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers, terlebih dahulu sebelum memuktamadkan kejuaraan Liga Super bertemu Perak di laman sendiri, 27 Februari depan.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

4 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

5 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

9 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

10 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

10 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

11 hours ago