Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas menewaskan lawan dari Taiwan, Taiwan, Ming Che Lu-Hung En-Tzu, sebentar tadi.
Wakil negara di ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawan dalam aksi straight set, 21-16,21-16, di Istora Senayan dalam tempoh 33 minit.
Mereka akan berdepan lawan dari juara Terbuka Malaysia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, esok.Dalam pada itu, satu lagi wakil beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menumpaskan wakil tuan rumah, Hidayatullah Jakar-Felisha Pasaribu, 24-22,21-14, dalam tempoh 46 minit.
Tang Jie-Ee Wei menerima saingan sengit dalam set pertama hingga kedua-dua pasukan terikat 22-22, namun dua mata terakhir berpihak buat wakil negara untuk 24-22.
sumber:- stadium astro
Walaupun wakil tuan rumah cuba mengheret Tang Jie-Ee Wei ke set penentuan tetapi kecekalan wakil negara yang kembali mengejar walaupun ketinggalan 7-11 menjadi detik kebangkitan untuk menang 21-14.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More