sukan

TERKINI : Gol sendiri lawan jadi bekalan tipis untuk separuh akhir kedua

Selangor FC melakar kemenangan tipis 1-0 dalam pertembungan menentang Penang FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Bandaraya, di sini, malam ini.

Babak awal permainan menyaksikan kapten Penang, Rafael Vitor hampir meletakkan tuan rumah di hadapan namun tandukan pemain tinggi lampai dari Brazil itu pantas ditepis penjaga gawang Selangor, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Pemain tengah, Mukhairi Ajmal nyaris menjaringkan gol pada minit kelapan namun rembatan derasnya dinafikan penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel, yang cemerlang membaca arah bola.

Skuad Gergasi Merah akhirnya di depan pada minit ke-35 menerusi gol sendiri Vitor yang tertampan hantaran lintang pemain pertahanan Selangor, Quentin Cheng.

Sebelum itu, Cheng dilihat berlari sepenuh tenaga di sebelah kanan padang sebelum cuba membuat hantaran kepada Ronnie Fernandez namun, usaha Vitor menghalang hantaran itu berakhir malang.

Bersambung babak kedua perlawanan, Dylan Wenzel-Halls cuba merapatkan kedudukan pada minit ke-50 menerusi lambungan cantik tepat menuju gawang lawan, namun ditangkap kemas Kalamullah.

Kem pelawat terus menggandakan asakan dengan membawa masuk penyerang sensasi, Faisal Halim untuk menggantikan Mukhairi Ajmal pada minit ke-53.

Bagaimanapun, gol tambahan yang dicari skuad kendalian Katsuhito Kinoshi sebagai bekalan selesa sebelum menerima kunjungan Penang untuk aksi timbalan balik, 2 Februari ini tidak kesampaian.

simber:- HM

Penang turut berusaha memburu jaringan penyamaan namun masalah penyudah tumpul yang menghantui pasukan itu menyebabkan keputusan kekal sehingga permainan tamat.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago