Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dijangka mengekalkan statusnya sebagai pemain bola sepak menerima gaji paling mahal di dunia susulan laporan mengenai sambungan kontraknya di kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr.
Ronaldo dilapor akan menerima kontrak baharu bernilai lebih £167.9 juta (RM923 juta), yang akan melanjutkan perjanjiannya bagi tempoh setahun lagi.
Bintang berusia 39 tahun itu menyertai kelab Arab, Al Nassr dalam satu perpindahan mega pada Januari 2023 selepas berbalah dengan kelabnya Manchester United.
Pemain antarabangsa Portugal itu menerima kontrak mengejutkan yang menyaksikannya menerima sekitar £164 juta (RM901 juta) menerusi sumbangannya di tengah padang, manakala £49 juta (RM269 juta) daripada gajinya menerusi aktiviti di luar padang.
Ronaldo muncul dalam video mempromosikan Hari Kebangsaan negara itu dan melakukan lawatan tajaan ke beberapa kawasan tumpuan pelancong yang sedang berkembang pesat di Arab Saudi selain berada di barisan hadapan dalam beberapa perlawanan tinju berprofil tinggi di Riyadh.
Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan Al Nassr bersedia untuk memberi ganjaran susulan pengaruh kuat Ronaldo terhadap kelab itu dengan memberikan pegangan saham sebagai sebahagian daripada kontraknya.
Ronaldo dilaporkan ditawar peluang untuk memegang lima peratus kepentingan dalam pasukan Liga Pro Saudi itu.
Bekas bintang Real Madrid itu dikatakan semakin hampir untuk menyambung kontraknya – yang akan berakhir hujung musim ini – untuk meneruskan aksinya di Al Nassr dalam perjanjian yang menyaksikannya menerima £3.19 juta (RM17.5 juta) seminggu.
sumber:- HM
Jika dibahagikan lagi, ia menyaksikan dia memperoleh £419,800 (RM2.3 juta) sehari – dan £291 (RM1,600) seminit. Ronaldo sudah menjaringkan 75 gol dalam 84 perlawanan bersama kelab Arab Saudi itu.
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More