Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menutup hari pertama dengan senyuman apabila menjadi wakil ketiga negara yang melangkah ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, semalam.
Dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Wei Chong-Kai Mun turun beraksi di hadapan penyokong sendiri ternyata berjaya menampilkan aksi cukup baik untuk menang straight set ke atas pasangan Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-12, 21-17 dalam masa 37 minit.
Menanti mereka nanti adalah pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan yang turut mara selepas menewaskan rakan senegara, Chiang Chien Wei-Wu Hsuan Yi 21-18, 16-21,21-16.
Sebelum ini kedua-dua pasangan pernah bertemu di Masters Malaysia tahun lepas menyaksikan Wei Chong-Kai Wun menang ke atas lawan mereka itu.
Sementara itu, beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut menceriakan peminat apabila turut mengesahkan tempat ke peringkat 16 terbaik.
Vivian-Chiew Sien tidak berdepan masalah besar untuk menang ke atas beregu ke-62 dunia Cheng Yu Pei-Sun Yu Hsing dari Taiwan 21-11, 21-17 dalam masa 33 minit.
sumber:- HM
Di pusingan kedua nanti, wakil negara itu bakal berdepan tugas sukar apabila perlu berdepan pilihan pertama yang juga beregu nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More