Pertahanan Manchester United, Diogo Dalot tersentuh hati dengan motivasi Ruben Amorim terhadap pemain seniornya supaya bangkit dan membantu kelab keluar daripada lingkaran kemerosotan mereka.
Pemain kebangsaan Portugal itu mempamerkan aksi memberangsangkan ketika United mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool 2-2 awal pagi tadi dengan menyediakan cabaran sengit kepada Trent Alexander-Arnold.
Sebelum kunjungan ke Anfield, pengendali United, Amorim menggesa pemain senior dalam skuadnya untuk ‘bangkit membantu pemain yang lain’ yang disifatkan kadangkala dibelenggu rasa ‘ketakutan’.
Anak buah Amorim menunjukkan tindak balas positif apabila mempamerkan prestasi terbaik mereka sekali gus menamatkan badi kekalahan empat kali berturut-turut dialami pasukan.
Keputusan itu juga seakan memberi sinar baharu buat pasukan selepas permulaan musim yang suram.
“Ia menyentuh saya. Saya fikir itulah yang dia mahukan daripada setiap pemain,” kata Dalot.
“Saya sudah berada di sini dengan tempoh yang pendek. Saya tahu yang saya juga boleh bangkit di tahap itu dan saya akan cuba membantu rakan sepasukan sedaya mungkin.
“Selagi saya berada di padang atau di luar padang, saya akan cuba membantu mereka. Kamu boleh melihat yang kami lebih daripada sebuah pasukan. Itu adalah perbezaan yang paling besar.”
Amorim memulakan tugasnya di Old Trafford dengan penuh mencabar dan United kini berada di kedudukan ke-13 liga selepas mengalami beberapa kekalahan.
Bekas pengendali Sporting Lisbon itu turut merungut atas kekurangan tempoh masa di padang latihan.
Namun dia mempunyai tempoh seminggu penuh sebagai persiapan menentang Liverpool dan dijadual sekali lagi berdepan situasi sama untuk aksi pusingan ketiga Piala FA menentang Arsenal, Ahad ini.
“Ia adalah latihan, latihan yang betul, ia adalah masa berada di padang, mengetahui apa yang semua orang mahu lakukan, hampir seperti menyakini diri sendiri yang semua orang akan berada di landasan tepat untuk bermain dalam setiap aspek permainan, dalam setiap inci padang,” kata Dalot.
sumber:- BH
“Apabila kamu mempunyai masa untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan, saya fikir ia akan menjadi lebih semula jadi. Kamu melihat struktur menjadi lebih kompak, mungkin dengan sedikit lagi tempoh permainan, pemain akan berada di posisi berkenaan.” – AFP
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More