Terengganu FC (TFC) turun menentang kelab Myanmar, Shan United FC dalam aksi Kejuaraan Kelab ASEAN minggu depan tanpa kelibat penyerang import.
Ketua jurulatihnya Badrul Afzan Razali berkata, tiga penyerang importnya tidak dapat diturunkan kerana berdepan beberapa masalah berbeza.
Tiga penyerang TFC adalah Ivan Mamut dari Croatia, Ismaheel Akinade dari Nigeria dan penyerang baharu, Nelson Bonilla dari El Salvador.
“Nelson tidak dapat disenaraikan dalam pasukan kerana pemain itu didaftarkan pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia iaitu selepas pintu perpindahan bagi saingan merebut Piala Shopee ditutup.
“Ivan pula masih belum pulang selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan tumit di kaki kirinya.
“Manakala Ismaheel terpaksa diketepikan kerana peraturan Myanmar tidak membenarkan pemain dari Afrika memasuki negaranya.
“Situasi ini menyebabkan kami akan menggunakan sepenuhnya khidmat pemain tempatan sebagai penyerang untuk menghadapi kelab berkenaan Rabu ini di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi.
Selain dua pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid yang mampu menjadi penggempur utama, skuad Penyu juga mempunyai penyerang berkualiti seperti Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob dan Muhammad Syahmi Zamri.
sumber:- BH
Selepas dua perlawanan, TFC menghuni tangga kedua tercorot Kumpulan A dengan satu mata.
Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More
Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More
PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More
Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More
MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan bahawa Persatuan Bolasepak Qatar dan Persekutuan Bolasepak Arab Saudi akan bertindak sebagai tuan rumah… Read More