sukan

Untung nasib pemain tempatan dengan Revolusi Harimau Malaya

Dimensi baru skuad bola sepak negara menerusi revolusi Harimau Malaya mencetuskan persoalan mengenai untung nasib pemain tempatan yang perlu berjuang untuk merebut tempat dalam pasukan kebangsaan.

Kehadiran pemain warisan dan gabungan tenaga naturalisasi mungkin menyukarkan buat mereka untuk memikat hati jurulatih baharu dari Australia, Peter Cklamovski.

Namun di sebalik perubahan drastik tersebut, ia sepatutnya menjentik semangat tenaga tempatan bangkit membuktikan bahawa mereka juga tidak kurang hebatnya untuk berada di barisan hadapan skuad Harimau Malaya.

Malah dinamika baharu itu juga mungkin sebagai butang kecemasan buat mereka untuk tidak boleh berasa selesa dengan prestasi sedia ada tanpa menyemai rasa ghairah untuk mencapai tahap optimum dan mentaliti juara.

“Mereka terlalu selesa hanya jadi juara tempatan. Tak nak berusaha keras untuk majukan diri.“Pemain tempatan telah diberikan masa yang lama untuk tingkatkan diri. Sekarang baru mereka tahu,” tegas bekas pemain kebangsaan Azlan Johar kepada Sukan Sinar.

Revolusi Harimau Malaya yang dipacu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail melakukan perubahan drastik menerusi struktur baharu apabila ia akan diurus secara profesional dan dinamik.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 31 Disember lalu mengumumkan Rob Friend dari Kanada sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pasukan kebangsaan.

Badan induk itu pada 16 Disember mengumumkan Peter Cklamovski dari Australia sebagai ketua jurulatih kebangsaan dan Nafuzi Zain sebagai pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

Perubahan giat dilakukan apabila pada Khamis Dr Craig Duncan dari Australia dilantik sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan pasukan kebangsaan.

Media sebelum ini melaporkan penyerang sensasi skuad Harimau Selatan, Bergson da Silva dan pemain sayap Sri Pahang, Manuel Hidalgo serta tonggak pertahanan Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco bakal dinaturalisasikan selepas beraksi lima tahun di negara ini.

sumber:- stadium astro

Tugasan pertama Cklamovski ialah menyediakan skuad ampuh untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2027 selain sasaran untuk berada dalam kelompok 100 terbaik dunia. – Sinar Harian

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

2 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

2 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

6 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

8 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

9 hours ago