Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, menganggap keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung keahlian KAFA sebagai mengelirukan dan mengecewakan.
Afandi yang juga bekas timbalan presiden FAM, mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan FAM semalam sambil menyifatkan ianya dibuat secara terburu-buru.
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.
Tegas beliau, KAFA sedia untuk duduk semeja dengan fam bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.Terdahulu, FAM menerusi jawatankuasa pertikaian dalaman yang bermesyuarat pada tanggal 19 disember 2024 memutuskan kongres KAFA kali ke-65 dan pemilihan jawatankuasa eksekutif KAFA sesi 2024-2028 adalah tidak sah dan telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS).
Ia berikutan terdapat ahli gabungan KAFA yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres berkenaan, selain prosedur dan tatacara pengendalian kongres tersebut tidak dibuat dengan teratur dan mengikut prosedur yang betul.
“Untuk FAM menggantung ahli-ahlinya, mereka perlu didapati melanggar obligasi secara serius untuk melakukan penggantungan dan kami tidak melakukan apa-apa,” katanya menerusi Nadi Arena.
“Dalam isu ini, saya agak buntu dan jika tidak mempunyai jalan ini, saya akan mengheret perkara ini ke mahkamah.”
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Afandi memaklumkan beliau sedia untuk bertanding merebut jawatan presiden pada kongres FAM penggal 2025-2029 yang dijadualkan berlangsung 15 Februari depan.
sumber:- stadium astro
Beliau yang pernah memikul jawatan timbalan presiden FAM dari 2014 hingga 2017 itu memberikan jaminan akan memacu badan induk itu ke arah yang lebih cemerlang seandainya dicalonkan dan diberikan mandat.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More