‘Nak makan ikan besar, umpan kena besar’ – itu adalah realiti yang semua orang perlu terima bahawasanya jika keperluan pemain berdarah warisan mahu dijadikan sebagai kekuatan penting skuad revolusi Harimau Malaya bermula 1 Januari 2025.
Menukar kewarganegaraan bukan sesuatu yang mudah andai negara pilihan kedua tidak menjamin keistimewaan ketara buat bakal pemain berkualiti yang ingin dijadikan naturalisasi untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan.
Bekas pengurus skuad kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin, optimis pendekatan presiden Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia, Erick Thohir, merupakan modul paling tepat untuk dijadikan contoh terbaik.
“Mekanisme yang terbaru kita perlu menjejaki pemain warisan yang beraksi di liga-liga Eropah dan saya percaya ramai berada dalam senarai sekarang.
“Apa yang dilakukan Erik Thohir bahawa untuk menjejaki pemain ini dengan sekadar menghantar email sahaja, kita perlu yakinkan mereka mengapa dia perlu menukar kerakyatan mereka dari Belanda ke Malaysia contohnya,” katanya.
Kamarul turut menjelaskan pihak sekretariat FAM perlu memainkan peranan sebenar sebagai wakil badan induk, ketika sudah ada figura seperti pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang sudah tampil ke depan untuk menyumbangkan bantuan.
sumber:- stadium astro
“Mereka bermain bukan sekadar lencana di dada tetapi perkara sampingan itu perlu seperti imbuhan. Saya yakin dibawah Tunku Ismail Sultan Ibrahim segala kelengkapan dalam keadaan terbaik. Mungkin sebelum ini banyak kekurangan.” tambahnya.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More