sukan

Mereka cemarkan reputasi badminton negara – Rashid

Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek meluahkan rasa terkilannya terhadap pembabitan bekas pemain perseorangan lelaki, Liew Daren dan penganalisis Institut Sukan Negara, Jerry Gan dalam kegiatan pertaruhan.

Rashid yang sememangnya mengenali Daren dan Jerry sama sekali tidak menyangka bahawa mereka sanggup terbabit dalam gejala tidak sihat sehingga mencalarkan reputasi Malaysia dalam arena sukan badminton dunia.

“Daren seorang pemain yang mempunyai personaliti bagus. Saya pernah melatihnya dahulu lebih 10 tahun termasuk ketika beliau bergelar pemain sandaran di Persatuan Badminton Malaysia, namun tidak sangka dia buat sebegini.

“Saya sedih (isu pertaruhan berlaku) dan sedikit sebanyak imej Malaysia tercalar lagi, tiba-tiba nama Malaysia sekali lagi jadi tumpuan dunia,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantung Daren selama 12 bulan dan Jerry pula tiga bulan selepas mereka didapati bersalah terbabit dalam kegiatan pertaruhan.

BWF mengesahkan Daren terbabit dalam aktiviti pertaruhan dari tahun 2018 hingga 2021 dan berusaha menghalang siasatan dengan menyembunyikan maklumat.

Walaupun penggantungan itu tidak memberi sebarang makna kepada Daren yang telah bersara tahun lalu, namun Rashid berkata isu pertaruhan berkenaan menconteng arang di muka bekas pemenang pingat gangsa kejohanan dunia 2018 itu.

Rashid pada masa sama berkata skandal itu sudah semestinya menjejaskan karier Jerry sehingga berkemungkinan berdepan isu ketidakpercayaan pihak yang menggunakan khidmatnya selepas ini.

Beliau yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 berharap agar isu pertaruhan tidak berulang lagi dalam sukan badminton tanah air pada masa depan.

Sementara itu seorang lagi bekas pemain negara, Datuk James Selvaraj mengakui “bingung” dengan pembabitan Daren sambil menasihati pemain negara agar tidak terjerumus ke dalam kancah yang berpotensi merosakkan karier mereka.

Bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM itu berkata mana-mana pemain perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti pertaruhan kerana perkara berkenaan sangat berbahaya sehingga berpotensi menyebabkan ketagihan kepada mereka yang terbabit.

Penganalisis sukan, Mohd Sadek Mustafa pula berharap agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat menjalankan siasatan dalam sukan badminton tanah air bagi mengenal pasti sama ada gejala pertaruhan sedang menular atau tidak.

“BAM dan kelab profesional perlu mengambil langkah sewajarnya terhadap pemain untuk menilai sejauh mana seriusnya masalah ‘barah’ pertaruhan dalam sukan badminton di Malaysia,” katanya.

Arena badminton negara sebelum ini pernah digemparkan dengan isu melibatkan dua bekas pemain negara Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang yang didapati bersalah oleh BWF kerana mengatur perlawanan pada 2018.

sumber:- BH

Zulfadli dan Chun Seang masing-masing dikenakan hukuman gantung 20 tahun dan 15 tahun daripada terlibat dalam sukan badminton. – BERNAMA

Recent Posts

  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 minutes ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

20 minutes ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

1 hour ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

2 hours ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

4 hours ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

5 hours ago