sukan

Komen tanpa berselindung Jurulatih Indonesia selepas disingkir Filipina

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong, berasakan pasukannya mampu merangkul kejuaraan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 sekiranya menurunkan pemain utama yang bermain dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kenyataan tersebut diungkapkan oleh pengendali dari Korea Selatan itu selepas gagal menepati ramalan ke peringkat separuh akhir apabila tewas 0-1 kepada Filipina, sekali gus mengakhiri di tempat ketiga Kumpulan B.

Begitupun, jurulatih berusia 54 tahun itu menegaskan ia adalah pentas terbaik buat pemain muda mendapatkan pengalaman berharga selain berpendapat rata-rata pemain menerima pendedahan berkualiti.

“Kamu boleh menganggap kami gagal kerana tidak berjaya ke pusingan seterusnya, namun saya menegaskan sebaliknya.”Dalam kejohanan kali ini, kami menurunkan pemain muda. Jika saya menggunakan kekuatan penuh pemain senior, saya yakin kami akan memenangi pertandingan ini.

“Bagaimanapun, pemain yang beraksi bersama Sang Garuda kali ini telah menampilkan persembahan terbaik dan menerima pengalaman yang banyak.

sumber:- stadium astro

“Persediaan ini sedikit sebanyak menjadi persiapan buat mereka menghadapi Sukan SEA dan Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) nanti,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan semalam

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

3 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

3 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

7 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

8 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

9 hours ago