sukan

Kain rentang penyokong Malaysia jadi perhatian

Tindakan sekelompok penyokong meletakkan kain rentang sebagai sokongan kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin pada aksi Piala AFF 2024 antara Malaysia berdepan Singapura menarik perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menerusi kemaskini di InstaStorynya, Khairy menyatakan ‘pujian’ terhadap kain rentang yang ditayangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu sambil berkongsi tangkap layar mengenainya.

Kain rentang itu tertulis ‘Tan Sri Datuk Hamidin Mohd Amin, jasa kamu masih diperlukan untuk bola sepak negara.’

“Kain rentang terhebat dalam sejarah kain rentang bola sepak,” kata Khairy.Sebelum ini, Hamidin mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden FAM pada kongres pemilihan bagi penggal 2025-2029 yang akan berlangsung 15 Februari depan selepas enam tahun memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu bagi penggal akan datang dibuat bukan kerana desakan penyokong.

Sebaliknya, Hamidin menegaskan keputusan berkenaan diambil bagi memberi ruang kepada ahli gabungan memilih presiden baharu untuk memimpin badan induk itu ke tahap yang lebih baik.

Sebagai rekod, Hamidin dipilih menjadi Presiden FAM pada 2018 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tunku Mahkota Ismail sebelum beliau menang tanpa bertanding pada kongres pemilihan bagi penggal 2021-2025.

sumber:- BH

Antara pencapaian tertinggi yang diraih skuad bola sepak kebangsaan sepanjang di bawah pimpinan Hamidin adalah kejayaan Harimau Malaya mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 secara merit selepas 42 tahun.

Recent Posts

  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

1 hour ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

2 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

2 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

3 hours ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

4 hours ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

6 hours ago