sukan

Haziq Nadzli tutup mulut pengkritik

Bekas ketua pasukan kebangsaan, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, mengagumi keazaman penjaga gol, Haziq Nadzli, yang memperagakan ketangkasannya ketika menafikan percubaan berbahaya Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Haziq memastikan kedudukan terus seimbang ketika skuad Harimau Malaya terdesak memburu jaringan apabila menafikan percubaan awal pasukan Kota Singa pada minit-9 selain mematahkan dua percubaan berturut dalam masa kecederaan.

Pemain pinjaman Perak itu dihujani cemuhan berikutan kesilapannya ketika bertemu Thailand yang mengundang padah.

Kecemerlangannya membantu kedudukan terus seimbang walaupun jaringan yang didambakan kem kebangsaan tidak kunjung tiba, sekali gus meleburkan impian barisan Pau Marti Vicente itu untuk ke separuh akhir Piala ASEAN Mitsubishi Electric (Piala AMEC) 2024.

“Dia menutup mulut semua pengkritik. Begitulah pemain ada masa disanjung dan ada masanya dimaki hamun.”Tapi Haziq menunjukkan profesionalisme yang cukup baik dengan memastikan dia beraksi baik dalam perlawanan malam ini. Tiada siapa yang pertikai apa yang dibuat Haziq pada malam ini.

“Dia menggagalkan percubaan tepat dan menggagalkan (usaha) Singapura mendapatkan gol kemenangan.”Pasukan kita sudah melakukan yang terbaik dan susun dengan baik dalam separuh masa kedua tetapi ia tidak cukup untuk layak ke separuh akhir,” katanya dalam pasca rancangan perlawanan di Astro Arena malam tadi.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas tonggak kebangsaan, Razman Roslan, memandangkan posisi tersebut berbeza dengan yang lain.

“Bukan mudah untuk penjaga gol bangkit daripada kesilapan yang baru beberapa hari berlaku.”Mungkin mudah untuk pemain pertahanan tapi bagi dia, tiada penjaga gol lain yang akan membantunya di dalam gawang.

sumber:- stadium astro

“Dia cepat melupakan kesilapan lalu dan bangkit. Rezeki dia untuk menebus kekecewaan lalu. Boleh dikatakan dia adalah wira (mengelak Malaysia) daripada tewas,” katanya pula.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

5 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

5 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

9 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

10 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

10 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

11 hours ago