PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menuntut kesebelasan pemain untuk mempamerkan aksi lebih konsisten ketika berdepan Sri Pahang FC bagi aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.
Menurut Bidoglio, biarpun beraksi sebagai ‘pelawat’ namun setiap pemain dituntut untuk tampil lebih agresif berbanding ketika berdepan Kuala Lumpur City FC pada aksi suku akhir Piala Malaysia, selepas sekadar melakar kemenangan tipis 2-1 baru-baru ini.
“Sebenarnya, setiap perlawanan yang diharungi bakal menjelmakan kelainan kerana selepas aksi Piala Malaysia, JDT perlu memberi tumpuan kepada saingan liga dan pemain perlu fokus kepada diri sendiri bagi menghadapi skuad kendalian Fandi Ahmad itu.
“Malah banyak perkara yang harus kami perkemaskan apabila berdepan Sri Pahang terutamanya skil permainan individu yang tidak berkesan ketika menentang KL City selain perlu tingkatkan lagi corak permainan berintensiti tinggi.
“Kami juga perlu memperkemaskan benteng pertahanan dan saya agak terkilan selepas KL City mampu menjaringkan gol malah ia boleh dielak jika pemain pertahanan memberi lebih fokus dan mengawasi setiap pemain lawan,” katanya.
Untuk rekod pertemuan, JDT menang 3-0 ke atas Sri Pahang FC pada aksi Liga Super 22 Jun lalu.Sementara itu, Bidoglio menegaskan barisan pemain JDT juga perlu berwaspada dengan ancaman Sri Pahang FC yang dilihat bagai mendapat tonik semangat setelah menang tipis 1-0 ke atas Perak FC dalam saingan suku akhir Piala Malaysia baru-baru ini.
sumber:- SH
“Kami mahu menang dalam perlawanan ini, jadi barisan pemain tidak boleh terlalu selesa dan perlu beraksi dengan lebih mantap,” katanya.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More