Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan bayangan revolusi untuk memperkasakan skuad bola sepak, Harimau Malaya melalui penstrukturan baharu pengurusan pasukan kebangsaan sudah bermula.
Walaupun belum diumumkan secara rasmi, namun Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor mendedahkan Harimau Malaya sudah mempunyai jurulatih baharu dan pengarah sukan selain sudah memulakan tugas mengenal pasti pemain dalam saingan Liga Super dan di luar negara.
“Jurulatih baharu dan pengarah sukan sedang mengumpul data pemain Malaysia di Liga Super dan yang berada di luar negara.
“Ia tidak mudah dan memerlukan masa, tetapi perlu bermula daripada sekarang termasuk rangka kerja untuk jangka masa panjang,” kata baginda.
Sebelum ini, baginda memberikan idea mengenai penstrukturan baharu pengurusan pasukan kebangsaan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengumumkan perancangan tersebut bulan ini.
Penstrukturan baharu tersebut dijangka akan menyaksikan perubahan drastik dalam struktur pasukan kebangsaan bukan sahaja pasukan senior malah turut melibatkan pasukan bawah 23 tahun dan bawah 19 tahun.
Ia juga sebagai sebahagian persiapan rapi yang telah diatur dalam usaha untuk menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula Mac depan.
Tunku Ismail turut menyuarakan pandangan penyerang JDT, Bergson da Silva dan pemain sayap yang dipinjamkan dari kelab itu ke Sri Pahang, Manuel Hidalgo boleh dinaturalisasikan untuk memperkasa Harimau Malaya selepas cukup tempoh lima tahun beraksi di Malaysia.
sumber:- stadium astro
Untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Asia, Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos dan hanya juara setiap kumpulan yang akan layak ke Piala Asia di Arab Saudi pada 2027.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More