sukan

Keputusan aksi Justin Hoh berdepan pilihan kelapan

Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, ditunjukkan jalan keluar dalam pusingan 16 Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi di Lucknow, sebentar tadi.

Justin menjadi mangsa prestasi pilihan kelapan, Ayush Shetty, dalam kekalahan 12-21 19-21 dalam tempoh 42 minit.
Permulaan set pertama menyaksikan Justin merapatkan jurang mata kepada 8-9.

Namun, dia tampak tenggelam punca apabila menbenarkan pemain tempatan di ranking ke-47 dunia itu untuk mengutip tujuh mata berturut-turut bagi mendahului 16-8.

Justin cuba bangkit dengan merapatkan jurang mata kepada 12-17, sebelum lawannya itu mengutip empat mata berturut-turut untuk menang set pertama 21-12.

Justin tampil dengan aksi lebih baik dalam set kedua dan selepas ketinggalan 10-14, pemain 20 tahun itu mengikat kedudukan 14-14.

Malah, dia diambang kemenangan apabila mendahului 19-16 tetapi fokusnya hilang sebelum langkahnya terhenti apabila Shetty — yang setahun lebih muda daripadanya — memungut lima mata berturut-turut untuk kemenangan 21-19.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago