Meskipun melakar kemenangan dramatik berdepan Kuala Lumpur City dalam perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia Jumaat lalu, ia bukanlah berita gembira buat penyokong Kedah Darul Aman yang perlu menerima keputusan berat hati yang berlaku semalam.
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Segelintir penyokong tempatan berpendapat bahawa isu kewangan yang membelenggu kelab tersebut menjadi faktor utama bekas pengendali Terengganu itu mengangkat kaki daripada pasukan berkenaan.
Desas-desus khabar angin yang bertiup kencang seperti yang dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda bawah 23 tahun (B-23) menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Berita melibatkan perpindahan itu belum dipastikan oleh mana-mana pihak sebaliknya menunggu pengumuman rasmi sekiranya langkah tersebut berlaku.
sumber:- stadium astro
Separuh akhir Piala FA 2024 dan mengakhiri saingan Liga Super Malaysia 2023 di tempat keempat merupakan pencapaian terbaik jurulatih berusia 46 tahun itu ketika bersama pasukan utara tanah air itu.Victor Andrag dilantik selaku pengurus sementara bermula hari ini.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More