Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa tampak sudah pulih daripada kecederaan apabila dia diturunkan dalam aksi persahabatan menentang Lion City Sailors, semalam.
Malah, pada aksi yang menyaksikan Harimau Selatan meraih kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan Shahrul Saad pada minit ke-88 itu, Insa diletakkan dalam kesebelasan utama dan diberi tugas selaku kapten pasukan.
Penyerang naturalisasi, Romel Morales yang sebelum ini turut dilaporkan mengalami kecederaan juga dilihat ‘diuji’ oleh ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio dalam pertembungan dengan kelab Singapura itu.
Perkembangan itu pasti memberi petanda positif buat Harimau Selatan yang akan menentang wakil Liga A1, Kuala Lumpur Rovers dalam pusingan 16 Piala Malaysia, Rabu ini sebelum berdepan Shandong Taishan (26 November) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Insa sebelum ini memainkan peranan penting buat JDT terutama di pentas ACLE dengan Harimau Selatan ketika ini berada di tangga keempat Zon Timur selepas mengumpul tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan tewas sekali.
Pada 10 November lalu, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente dalam kenyataan mengumumkan beliau terpaksa menggugurkan Insa dari senarai 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat bagi aksi persahabatan menentang Laos dan India.
Ia susulan pemain berpengalaman berusia 38 tahun itu tidak dapat melapor diri selepas disahkan menerusi laporan perubatan mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan ACLE menentang Ulsan HD, 5 November lalu.
Vicente kemudian memanggil pemain Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Insa.
Sehari selepas itu, Vicente sekali lagi berdepan detik malang apabila terlepas khidmat Morales pula yang tidak dapat melapor diri selepas disahkan menerusi laporan perubatan mengalami kecederaan ketika aksi Liga Super menentang Perak FC, 10 November lalu.
sumber:- BH
Susulan itu, beliau memanggil pemain berusia 21 tahun dari kelab Chonburi FC, Fergus Tierney yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia sebagai pengganti Morales.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More