sukan

TERKINI: Jun Hao lakar kejutan besar untuk ke Final

Perseorangan negara, Leong Jun Hao, ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Masters Jepun selepas mempamerkan prestasi luar biasa ketika menyingkirkan Jonatan Christie dalam pertarungan selama 1 jam 17 minit di Kumamoto, sebentar tadi.

Persembahan set pertama tidak begitu menyaksikan Jun Hao bergelut untuk menyambut pukulan-pukulan tajam pemain Indonesia yang menduduki ranking jelajah ke-17 itu apabila menyerah mudah 10-21.

Tetapi lain pula cerita dalam set berikutnya, dia yang mengenepikan Lakhsya Sen dan Kodai Noraoka lebih agresif melancarkan pukulan kencang sambil pukulan kemas ke garis belakang.

Jun Hao tidak diberikan laluan mudah untuk sebelum beroleh kemenangan 21-18 dalam set kedua itu.Jonatan, bagaimanapun, kembali menguasai gelanggang sambil memaksa Jun Hao membuat kesilapan sendiri.

Namun, Jun Hao membuktikan kecekalannya di pertengahan aksi getir itu menerusi permainan rali diselangi pertahanan kemas yang kerap memerangkap Jonatan untuk memungut enam rentetan mata sebelum mengikat kedudukan 18-18.

Setiap mata selepas itu dihidangkan dalam bentuk yang mendebarkan yang menyaksikan Jun Hao terlebih dahulu mencapai mata akhir sebelum menerajui dius.

sumber:- stadium astro

Jun Hao terpaksa terbang demi menyambut pukulan jaring sebelum membenamkan bulu tangkis ke arah kanan yang memerangkap lawannya, sekali gus mencipta kemenangan sensasi 23-21 dalam pertemuan ketiga mereka itu.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

9 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

11 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

12 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

12 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

13 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

13 hours ago