BEREGU muda negara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong meneruskan momentum positif apabila meraih tiket ke separuh akhir Masters Jepun di Kumamoto sebentar tadi.
Kejayaan tersebut diraih selepas pasangan nombor 40 dunia itu menumpaskan gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin dalam aksi suku akhir secara straight set di Kumamoto Prefectural Gymnasium.
Mereka sebelum ini mengejut juara Terbuka China yang juga rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada pusingan kedua memulakan set pertama dengan langkah kanan menerusi kemenangan 21-19.
Azriyn-Wee Kiong kemudian tidak menoleh ke belakang lagi apabila mengesahkan kemenangan 21-19 dalam tempoh 33 minit permainan pada kejohanan berstatus Super 500 itu.
Menanti mereka dalam saingan separuh akhir pada Sabtu ialah pilihan keenam kejohanan, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.Pasangan dari Jepun itu mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Jin Yong dan Seo Seung-jae 21-10, 21-14 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Dalam pada itu, pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai turut melakar keputusan positif apabila mara ke dalam kelompok empat terbaik.
Gandingan profesional itu menumpaskan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-16,21-13 dalam masa 35 minit permainan.
Pasangan yang menghuni ranking nombor 10 dunia itu bakal berdepan cabaran Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi separuh akhir.
sumber:- SH
Gandingan Thailand itu mengalahkan pasangan Malaysia, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-17, 21-16 dalam satu lagi saingan suku akhir.
Sinar Harian
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More