TMJ puji Pengerusi PSSI

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail memuji Pengerusi Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir kerana telah memartabatkan pasukan kebangsaan republik itu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, baginda turut yakin bahawa ada masa depan yang menarik untuk bola sepak ASEAN.

Terdahulu, baginda mengadakan pertemuan dengan Erick, pemilik Kelab Persib Bandung, Glenn Sugita dan pemilik Kelab Valencia CF, Peter Lim di Singapura, semalam.

Menurut hantaran itu, pertemuan tersebut tertumpu kepada senario bola sepak serantau terutamanya perkembangan dan pengurusan kelab bola sepak serta langkah-langkah untuk meningkatkan tahap sukan berkenaan di rantau Asia, khasnya di negara-negara ASEAN.

Sementara itu, Erick menerusi hantaran di laman X turut berkongsi berhubung pertemuan bersama Tunku Mahkota Ismail dan memaklumkan bahawa baginda mempunyai visi besar untuk bola sepak Asia Tenggara, bahkan Asia.

“Bertemu dengan Putra Mahkota Johor, Mayor Jenderal Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim yang juga pemilik klub raksasa Malaysia, Johor Darul Ta’zim. Beliau punya visi besar untuk sepak bola Asia Tenggara bahkan Asia.

sumber:- HM

“Sangat menarik berdiskusi dengan beliau tentang kualitas sepak bola di negara-negara Asia Tenggara. Kami ingin negara di Asia Tenggara bisa bersaing di level Asia bahkan hingga level dunia,” menurut hantaran itu.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

11 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

12 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

13 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

14 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

15 hours ago