TERKINI: Keputusan aksi Zii Jia berdepan Justin Hoh di Masters Jepun

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia diberikan tentangan sengit daripada rakan senegara Justin Hoh sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua Masters Kumamoto di Jepun, hari ini.

Berdepan Justin yang mara menerusi tiket kelayakan, Zii Jia yang juga pilihan kelima kejohanan memerlukan aksi tiga set sebelum menang dalam perlawanan yang berlangsung selama 62 minit.

Selepas menang set pertama 16-21, pemain ranking tujuh dunia itu tewas 21-12 pada set kedua sebelum bangkit memenangi set ketiga 17-21 menentang Justin yang mengisi ranking 49 dunia.

Dalam perlawanan berkenaan, Justin, 20, tampak seperti keletihan dan melakukan banyak kesilapan tidak sepatutnya selepas perlu mengharungi dua perlawanan kelayakan sebelum menempah aksi dengan Zii Jia.

Bagi Zii Jia, kemenangan penting buatnya dalam pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 dalam usaha mengesahkan tempat ke Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China, bulan depan.

Menghuni kedudukan keenam dalam pemburuan tempat ke Hangzhou, tiada lagi kesilapan boleh dilakukan Zii Jia yang ketika ini memiliki kelebihan tipis selepas mengumpul keseluruhan 69,900 mata, di hadapan dua pemain Jepun, Koki Watanabe (67,530) dan Kenta Nishimoto (65,780).

sumber:- BH

Sebagai rekod, hanya tujuh pemain terbaik layak untuk beraksi di Hangzhou selepas pemain Denmark, Viktor Axelsen mengesahkan tiketnya sebagai juara Olimpik 2024.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

3 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

4 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

8 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

9 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

10 hours ago