sukan

TERKINI : Natxo Insa sah digugurkan

Hasrat peminat untuk melihat tonggak tengah berpengalaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa kembali menyarung jersi Harimau Malaya tidak kesampaian.

Ia susulan pemain berusia 38 tahun terpaksa digugurkan oleh pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente selepas disahkan mengalami kecederaan.

Vicente dalam kenyataan, hari ini memaklumkan pemain tengah Selangor, Mukhairi Ajmal Mahadi turut menerima nasib sama seperti Insa.

Susulan itu, pengendali dari Sepanyol itu memanggil pemain Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya dan Fazrul Amir Md Zaman (Kelantan Darul Naim) yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia bagi mengisi dua kekosongan itu.

“Fazrul Amir menggantikan Mukhairi yang hadir melapor diri, hari ini tetapi terpaksa dilepaskan apabila pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan selepas dia beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menentang Jeonbuk Hyundai Motors pada 7 November 2024.

“Sementara Zhafri menggantikan Natxo Insa yang tidak dapat melapor diri selepas disahkan menerusi laporan perubatan mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan ACL Elite menentang Ulsan HD pada 5 November 2024.

“Semoga Mukhairi dan Natxo cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” katanya.

sumber:- BH

Kem latihan pusat Harimau Malaya yang bermula hari ini adalah persiapan bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Laos di Bangkok, 14 November dan menentang India di Hyderabad, 18 November ini.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

5 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

5 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

9 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

10 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

10 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

11 hours ago