sukan

TERKINI: Keputusan aksi Perak berdepan JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal di pendahulu Liga Super Malaysia selepas menumpaskan Perak dengan kemenangan besar 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Sebagai rekod, aksi di Stadium Perak pada 17 Ogos lalu terpaksa ditangguhkan gara-gara cuaca buruk sebelum perkara sama berlaku pada 5 Oktober lalu.

Babak pertama menyaksikan permainan dihiasi dengan drama menarik selepas pengadil perlawanan memerlukan video bantuan pangadil (VAR) bagi menilai situasi penalti buat kedua-dua pasukan.

Penyerang kebangsaan, Romel Morales, membuka tirai jaringan selepas mudah menampan bola untuk kedudukan 1-0.Berselang tiga minit kemudian, Bergson Da Silva, tidak melepaskan peluang untuk mencatatkan nama selaku penjaring apabila rembatan jarak jauhnya daripada luar kotak penalti menggandakan kedudukan buat skuad Harimau Selatan.

Pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, hampir memberi sinar buat The Bos Gaurus apabila kekasaran yang dilakukan pertahanan muda, Feroz Baharudin, dalam kotak penalti seakan menggembirakan penyokong Perak, namun VAR menafikan insiden tersebut.

VAR kemudiannya menghadiahkan sepakan penalti buat skuad kendalian Hector Bidoglia yang disudahkan oleh Bergson untuk jaringan 3-0.

Romel Morales mendapat motivasi penting sebelum menyertai kem latihan Harimau Malaya menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Laos dan India apabila jaringan keduanya memberi kelebihan buat JDT 4-0.

Pada minit ke-84, situasi tegang berlaku apabila melibatkan pergaduhan di antara bintang negara, Arif Aiman Hanapi, dan Tommy Mawat Bada yang berkesudahan kedua-dua pemain dilayangkan kad kuning.

sumber:- stadium astro

Juara Piala FA 2024 itu terpaksa menunggu sehingga minit ke-90 selepas Bergson berjaya menemui hatriknya malam ini, sekali gus menutup aksi dengan kemenangan bergaya 5-0.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

8 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

9 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

10 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

11 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

11 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

12 hours ago