Penyerang pinjaman Kedah Darul Aman (KDA), Muhammad Syafiq Ahmad, berkongsikan kisah jatuh dan bangun sepanjang kariernya ketika bergelar sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Dalam satu wawancara di segmen Santai Grab terbitan Astro gempak bersama Nafis Botak, dia menjelaskan individu yang banyak membantu dirinya ketika terlibat dalam kemalangan di Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 2020.
Syafiq turut berkongsi keprihatinan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada majikannya iaitu Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang turut merupakan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Untuk pengetahuan, saya hampir nak berhenti main bola sepak, saya maklumkan pada isteri. Saya sanggup buat apa-apa kerja untuk gembirakan isteri saya semula.
“Dengan sokongan daripada Tunku Mahkota, dia mesej saya dan bertanyakan apa yang saya perlukan. Dia kata ‘Pergi rehat baru kembali semula’.
“Dia kata ‘Kau nak rehat sampai bila pun aku akan sokong, jika ada kekurangan dari segi apa pun’, dia akan bantu.”Saya bersyukur, mereka antara individu yang membantu saya bangun semula. Daripada keluarga , Tunku Mahkota dan rakan-rakan serta semua yang beri sokongan.” katanya.
sumber:- stadium astro
Terdahulu, dia terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer 163.6 arah utara yang mengorbankan bayi lelakinya, ibu mertua dan seorang pembantu.Syafiq kini dipinjamkan ke KDA daripada JDT untuk tempoh semusim bagi menghadapi Liga Super 2024/25.
Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More
Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More
Pemain kelahiran Sepanyol, Natxo Insa, tampak kekal bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim… Read More
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More