sukan

Komen Bergson aksi Selangor

Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva enggan terlalu memikirkan atau mengejar status penjaring terbanyak Liga Super.

Sebaliknya, penjaring terbanyak Liga Super 2022 itu lebih meletakkan keutamaan untuk membantu Harimau Selatan meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Sangat gembira dapat bagi kemenangan kepada pasukan sebab kami semua begitu bekerja keras untuk terus berada di atas.

“Tetapi, jumlah gol daripada saya adalah perkara kedua kerana yang paling penting untuk saya adalah kemenangan JDT dalam setiap perlawanan dan saya gembira dapat membantu pasukan,” katanya.

Selepas 12 perlawanan diharungi JDT, Bergson mengungguli carta penjaring terbanyak Liga Super dengan mengumpul 16 gol, enam jaringan meninggalkan kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue di tangga kedua.

Jumlah itu termasuk dua gol yang diledak penyerang berusia 33 tahun itu ketika membantu JDT menewaskan Selangor 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.

Selain itu, Bergson tetap menganggap Selangor sebagai lawan yang sukar meskipun sudah dua kali Harimau Selatan menewaskan Gergasi Merah musim ini termasuk meraih kemenangan besar 6-1 di final Piala FA, Ogos lalu.

“Perlawanan menentang Selangor sebenarnya bukan mudah dan mereka ada pemain yang bagus di mana kami juga sukar untuk menembusi pertahanan mereka.

sumber:- BH

“Selangor sentiasa menjadi pesaing yang kuat tetapi kami buktikan yang kami masih berada di atas untuk saingan Liga Super,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

10 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

11 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

12 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

14 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

14 hours ago