Rekod cemerlang Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) musim ini akhirnya tercalar apabila tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super, malam tadi.
Selangor mempamerkan kesebelasan utama yang berbeza apabila ketua jurulatih, Nidzam Jamil, menurunkan tiga pertahanan tengah iaitu Mohammad Abualnadi, Umar Eshmurodov dan Sharul Nazeem sementara Aliff Izwan Yuslan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronnie Fernandez bagi mengetuai serangan Selangor.
Selangor terlebih dahulu menguji benteng akhir JDT apabila Ali Olwan berjaya melakukan percubaan namun ditepis penjaga gol Syihan Hazmi Mohamed.
Di sebalik permulaan itu, JDT seperti biasa menguasai permainan dengan lebih tenang sebelum mendahului permainan menerusi tandukan Romel Morales pada minit ke-29.
Penguasaan permainan terus menjadi intipati permainan JDT sebelum berjaya menggandakan jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-43 apabila mudah menampan masuk hantaran Arif Aiman Md Hanapi.
Kemasukan Alvin Fortes dan Safuwan Baharudin menjadi perancangan yang ditetapkan Nidzam untuk berusaha mengejar permainan dalam separuh masa kedua.
Bagaimanapun, JDT berjaya mengawal ketat pergerakan jentera serangan Selangor sementara memperoleh sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bergson pada minit ke-54.
sumber:- stadium astro
Tiada jaringan tambahan yang berjaya terhasil sehingga tamat perlawanan sekaligus memberikan kemenangan kedua buat JDT ke atas Selangor musim ini.
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More