sukan

Komen Nafuzi selepas aksi berdepan PDRM

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain tetap menganggap satu mata yang diperolehi skuadnya selepas seri 1-1 ketika menentang PDRM FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman semalam, sebagai satu mata yang berharga buat pasukan.

Malah bagi Nafuzi, beliau tetap berbangga di atas usaha dan komitmen yang dibuktikan pemainnya.

“Walaupun kerugian dan sedikit kecewa kerana membawa pulang hanya satu mata pada perlawanan ini, namun saya tetap bersyukur kerana bagi saya satu mata ini juga amat berharga dan lebih baik dari tiada mata.

“Saya mengakui kondisi kami bukan berada pada tahap yang terbaik, dan apapun pemain sudah mencuba dengan usaha yang terbaik walaupun pemain sedikit lemah dari segi mental dan fizikal.

“Dari segi keseluruhan permainan, pemain beraksi dengan baik kerana berdepan PDRM FC merupakan satu pasukan yang mempunyai kekuatan dan fizikal yang lebih baik berbanding kami, tetapi dengan semangat yang telah pemain kami tunjukkan itu adalah satu yang patut dibanggakan,” katanya.

Nafuzi juga berkata, beliau cuma sedikit kecewa apabila skuadnya yang sudah mendahului sebelum lawan menyamakan kedudukan.

“Antara faktor kekurangan yang skuadnya hadapi adalah dari segi tahap kecergasan pemain dan hanya mampu memberi aksi terbaik dalam 45 minit. Selepas babak kedua, nampak sedikit keletihan dari segi pergerakan dan tenaga dengan hantaran bola yang agak perlahan.

“Mereka sudah cuba lakukan usaha yang terbaik, tetapi tahap kecergasan mereka masih tidak berada pada tahap yang diharapkan dan bagi saya, saya berserah kepada pemain dan saya tetap hormati mereka.

sumber:- HM

“Saya bagaimanapun akur dengan kondisi dan keadaan yang pemain saya lalui, dan selepas ini kami ada tiga hingga ke empat hari untuk melakukan persiapan untuk fokus seterusnya bagi menentang Sabah FC di tempat lawan,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

1 hour ago
  • sukan

Bekas jurulatih Vietnam perlekeh pemain warisan Malaysia

Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More

2 hours ago
  • sukan

Maaf Indonesia, Harimau Malaya ada perancangan lebih baik

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Thailand umum kejutan harga pemain muda warisan baharu Malaysia

Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More

4 hours ago
  • sukan

Lima tonggak warisan pertahan Jersi Malaysia sehingga ke penghujung

Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More

4 hours ago
  • sukan

“Bangga dengan kamu anakku” — Holgado

Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More

5 hours ago