sukan

Roslin Hashim akui terkejut

Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim, mengakui terkejut berikutan acara badminton digugurkan daripada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menurut Roslin, sukan itu sememangnya menjadi taruhan kepada kontinjen negara untuk meraih pingat sejak penganjuran pertamanya pada tahun 1966.

“Sukan ini memang sinonim semasa pertandingan peringkat Komanwel dan (keputusan) ini sebenarnya mengejutkan,” katanya.
Roslin memberitahu, selain badminton, beberapa acara sukan lain turut digugurkan, yang akan memberi kesan kepada pungutan pingat negara.

“Saya rasa mungkin daripada segi pungutan pingat buat atlet negara akan berkurangan tetapi yakin acara lain mampu menyinar,” katanya.

Dalam edisi di Birmingham 2022, Malaysia memenangi dua pingat emas badminton menerusi beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah dan acara berpasukan campuran.

sumber:- stadium astro

Berdasarkan kenyataan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), hanya 10 jenis sukan akan dipertandingkan dalam edisi kali ini berbanding 19 dalam Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Recent Posts

  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

3 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

5 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

5 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

6 hours ago
  • sukan

Fenomena Luar Biasa — bakal naturalisasi

Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, mengakui fenomena Harimau Malaya membangkitkan keterujaannya untuk menjadi sebahagian daripada revolusi baru bola… Read More

6 hours ago
  • sukan

Malam yang sukar untuk dilupakan

Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More

9 hours ago