Pengendali Jeonbuk Hyundai Motors FC, Kim Do Heon mengakui Selangor FC (SFC) tampil dengan aksi yang lebih kemas namun dia tampak tidak berpuas hati dengan tindakan SFC yang gemar melewat-lewatkan permainan pada aksi terbabit.
Justeru, Do Heon yang pernah beraksi di Liga Malaysia (Liga M) bersama Negeri Sembilan pada 2018 mengharapkan perkara ini dapat diubah bagi memastikan saingan yang lebih baik selepas ini.
“SFC menunjukkan persembahan yang menakjubkan. Mereka bermain dengan sangat baik dan tidak memberikan banyak ruang kepada kita.
“Cuma tindakan seperti melengah-lengahkan permainan walaupun untuk bola sepak Malaysia, perkara ini perlu diubah,” kata Do Heon.
Terdahulu, dua jaringan pantas SFC dalam tempoh tiga minit menerusi Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Olwan menyentak Jeonbuk yang lebih banyak menguasai permainan pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu.
Pelawat bagaimanapun berjaya mengurangkan defisit menerusi tandukan Kwong Chang Hoon pada minit ke-31 namun kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan untuk memberikan kemenangan kedua buat SFC dalam ACL2 kali ini.
Do Heon turut beranggapan dua gol pantas itu membunuh motivasi pemain tetapi mereka berjaya mendapat rentak sehingga memperolehi gol pertama sebelum terpaksa akur dengan kemantapan benteng SFC.
“Situasi bola mati sememangnya menjadi kelemahan kita jadi kita perlu perbaiki perkara ini. Kita cuba bangkit dan kita mendapat beberapa peluang tetapi tidak dapat disudahkan dengan baik.
sumber:- BH
“Dalam bola sepak, apa yang penting adalah keputusan dan kita perlu sempurnakan peluang yang kita perolehi,” katanya.
Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More
Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More
Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More