sukan

Komen pengendali Selangor selepas cipta kejutan di ACL

PENGENDALI Selangor FC, Nidzam Jamil memuji persembahan dipamerkan pemain muda Gergasi Merah selepas berjaya mencipta kejutan ke atas kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC, 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu.

Menurut Nidzam, para pemain muda Selangor menunjukkan persembahan yang baik untuk menutup kelompangan selepas kehilangan ramai tonggak utama seperti Noor Al-Rawabdeh, Alvin Fortes, Safuwan Baharudin dan Mukhairi Ajmal yang mengalami kecederaan.

“Saya gembira dengan pemain muda tempatan kita. Mereka banyak belajar daripada pemain senior seperti Ali Olwan dan Noor.

“Tetapi, malam ini pemain seperti Muhammad Azim Al Amin, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Quentin Cheng dan Nooa Laine yang tunjukkan persembahan baik.

“Kita cuba dapatkan keputusan yang baik dan dalam masa sama membina pemain muda ini kerana mereka masa depan Selangor. Saya juga mengharapkan keputusan yang baik ini dapat diteruskan dalam perlawanan akan datang,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Dalam perlawanan itu, Selangor meledak dua gol dalam tempoh dua minit menerusi Harith Haiqal pada minit ke-30 disusuli gol Ali (m-32) manakala gol Jeonbuk pula dijaringkan Kwon Chang-hoon pada m-40.

Kemenangan itu meletakkan Selangor di kedudukan teratas kumpulan H dengan tujuh mata dibezakan satu mata dengan Jeonbuk di kedudukan kedua.

Dalam pada itu, Nidzam turut melihat disiplin ditunjukkan para pemain menjadi antara senjata utama untuk menumbangkan antara pasukan terkuat dalam kumpulan itu.

“Pemain bermain berdasarkan perancangan taktikal dan kita cukup berdisiplin. Kita cuba untuk memahami apa yang diperlukan di peringkat Asia dan saya gembira dengan apa yang telah ditunjukkan pemain,” katanya.

Sementara itu, penjaring gol kedua Selangor, Ali percaya kemenangan tersebut hasil kerja berpasukan selain berterima kasih kepada penyokong yang terus memberikan sokongan.

sumber:- SH

“Saya percaya Selangor mampu meneruskan persembahan cemerlang ini dan terus berada di kedudukan teratas kumpulan. Kita yakin untuk mara ke pusingan seterusnya,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

4 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

5 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

7 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

7 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

8 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

8 hours ago