Pemain berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal tidak akan mendapat ‘laluan khas’ atau tempat istimewa sekiranya mahu menyertai skuad Harimau Malaya dalam tempoh terdekat ini.
Hal ini kerana, pemain berusia 25 tahun itu perlu mendapat ‘restu’ daripada pengendali Harimau Malaya Pau Marti Vicente untuk menyertai pasukan kebangsaan.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman Wan Kuzain tidak berhadapan sebarang masalah membabitkan dokumentasi untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
“Saya dimaklumkan dia mengalami kecederaan sebelum ini menyebabkan tidak boleh menyertai skuad Harimau Malaya membabitkan perlawanan persahabatan.
“Jika ada keperluan dan Vicente melihat Wan Kuzain mampu menguatkan barisan Harimau Malaya mungkin dia akan dipanggil.
“Kita lihat nanti kerana segala keputusan untuk memanggil dia(Wan Kuzain) terletak di tangan Vicente,” katanya.
Mengikut rekod, sebelum ini, Presiden FAM Tan Seri Hamidin Mohd Amin menyatakan Wan Kuzain bersetuju untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
Hamidin bagaimanapun menjelaskan pemain tengah itu akan menyertai skuad negara selepas pulih dari kecederaan yang dialaminya.
Selain itu, Noor Azman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kelibat Wan Kuzain akan kelihatan pada perlawanan persahabatan menentang India bulan depan.
sumber:- HM
“Jika kecederaan pulih sepenuhnya dan Vicente memerlukan khidmat Wan Kuzain mungkin dia akan sertai Harimau Malaya bulan depan,” katanya.
Pemain warisan Harimau Malaya, Imanol Machuca meluahkan kegembiraannya selepas membuat penampilan sulung bersama skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil,… Read More
Bekas jurulatih skuad muda Vietnam, Hoang Anh Tuan, berpandangan pemain warisan yang turun memperkuatkan Harimau Malaya sebelum ini 'masih belum… Read More
KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mendedahkan pihak pengurusan ada ‘kejutan’ menarik bagi melengkapkan jadual antarabangsa buat pasukan kebangsaan… Read More
Media Sepanyol, Estadio Deportivo, melaporkan pemain muda berpotensi besar Athletic Bilbao, Mikel Jauregizar, berkemungkinan memiliki pertalian darah dan boleh mewakili… Read More
Tonggak baharu warisan negara meluahkan keazaman untuk terus berjuang bersama skuad Harimau Malaya dalam misi meraih tiket ke Piala Asia… Read More
Rodrigo Holgado mungkin tidak lahir di Malaysia tetapi tiada siapa boleh menyangkal dia sememangnya berjiwa Malaysia, lebih-lebih lagi atas segala… Read More